Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Ke arah sektor pergigian bebas-merkuri di Malaysia

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan persekutuan untuk mempercepatkan penggubalan peraturan untuk menghentikan penggunaan amalgam dalam sektor pergigian.  Pada tahun 2013,  Konvensyen Minamata berkaitan Merkuri telah dirangka dan diterimapakai setelah negara-negara mengadakan rundingan berikutan  kebimbangan terhadap kesan merkuri kepada kesihatan awam dan alam sekitar. Malaysia merupakan di antara negara yang menandatangani Konvensyen ini.

Amalgam pergigian mengandungi kira-kira 50% merkuri. Salah suatu peruntukan utama Konvensyen Minamata adalah untuk mengurangkan secara berperingkat (phase down) penggunaan amalgam dalam sektor pergigian.

Kekebalan Antibiotik Membunuh

Menurut semakan Kerajaan UK mengenai kekebalan antimikrob pada 2014 mendapati jika dibiarkan tanpa dirawat, kekebalan kepada antibiotik boleh menyebabkan 10 juta kematian setahun di seluruh dunia menjelang 2050 — menelan kos sekitar $1.3 trilion.

Setiap tahun kira-kira 700,000 penduduk di seluruh dunia mati akibat jangkitan yang kebal kepada ubat. Jangkitan ini membunuh kerana jangkitan ini tidak dapat disembuhkan.

Bagaimana menentukan kesegaran ikan

MATA: Menonjol keluar dan tidak keruh, merah dan tenggelam.

INSANG: Berwarna merah terang dan tidak berlendir atau gelap.

SISIK: Melekat dengan kuat pada kulit.

USUS: Melekat dengan kuat pada tulang dan tidak berubah warna.

TUBUH: Mempunyai tekstur yang anjal dan kuat apabila dicucuk.

KULIT: Cerah dan berkilat dengan bercahaya, kilauan basah dan tidak kusam dan kering.

BAU: Bau seperti aroma lautan dan tidak terlalu berbau hanyir.

DI MANA KEGANASAN SUATU KEBIASAAN, BERSAHAJA dan DIRAIKAN

“Majoriti wayang yang keterlaluan yang ditayangkan adalah dari Amerika; dan banyak daripadanya hasil yang sama sebagai “One False Move”. Boleh dikatakan ia tercemar; mereka meraikan keganasan demi hal itu dan untuk wang.

Mereka juga mempromosikan seksualisasi keganasan sebenar, iaitu rogol dan bunuh. Dalam “One False Move”, seorang yang sakit jiwa memegang pisau yang diletakkan di leher teman wanita dan dia membujuknya.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung penubuhan unit jenayah alam sekitar bagi menangani kegiatan haram yang boleh menjejaskan sumber asli ne

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung penubuhan unit jenayah alam sekitar bagi menangani kegiatan haram yang boleh menjejaskan sumber asli negara.

Kami mengalu-alukan pengumuman Menteri Alam Sekitar bahawa rancangan sedang dilaksanakan untuk menyelaraskan usaha di antara pihak kementerian, polis dan tentera untuk melindungi sumber alam yang sangat berharga daripada masalah pencemaran.

Memperkenalkan “Bahasa Rokok” kepada Kanak-kanak

alt

Helah baru untuk menarik kanak-kanak menjadi perokok di masa depan       
 
Sungguhpun terdapat pelbagai usaha untuk membendung tabiat merokok di seluruh dunia, namun masih ada sesetengah pihak yang cuba mematahkan usaha murni tersebut.
 
Satu tinjauan yang dijalankan oleh CAP mendapati beberapa produk yang menyerupai jenama-jenama rokok yang popular yang mensasarkan kanak-kanak kini beredar di pasaran.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt