Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Malaysia Mesti terajui Kawalan Tembakau Demi Kesihatan Awam

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengambil langkah-langkah untuk membendung tabiat merokok khususnya di kalangan wanita dan kanak-kanak. Pengambilan tembakau merupakan ancaman kesihatan awam yang paling mudah dicegah. Namun ia membunuh satu dalam dua orang yang mengambilnya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa jika kerajaan-kerajaan dunia tidak mengambil langkah tegas untuk membatasi pendedahan kepada tembakau, menjelang 2013 ia mampu meragut nyawa lapan juta penduduk di seluruh dunia setiap tahun.

Fasa Keluar dan Hapuskan Penggunaan Merkuri di Sektor Kesihatan

Merkuri adalah neurotoksin kuat yang boleh memberi kesan kesihatan yang berpanjangan. Dua kes tumpahan merkuri telah dilaporkan minggu lalu. Satu tumpahan berlaku di Klinik Kesihatan Merchang dan kejadian lain dilaporkan berlaku di Klinik Desa Rusila, kedua-duanya di Terengganu. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat lebih banyak kes tumpahan dalam fasiliti kesihatan, sekolah dan rumah yang tidak dilaporkan.

Pekerja di sektor  kesihatan boleh terdedah kepada merkuri melalui termometer pecah dan sphygmomanometers (peranti tekanan darah)  yang tidak diselenggara dengan baik Selain itu, doktor gigi dan anggota pergigian yang bekerja dengan amalgam gigi mengandungi merkuri, juga terdedah kepada wap merkuri. Pelupusan yang tidak sempurna skrap amalgam juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Malaysia Perlu Meningkatkan Tindakan Menangani Perubahan Iklim Dengan Segera

Dengan penerimaan-pakai Perjanjian Paris – sebuah perjanjian antarabangsa untuk tindakan menangani gejala perubahan iklim pasca 2020 – di persidangan perubahan iklim bulan Disember lepas, negara-negara parti kepada Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFCCC) membuat komitmen untuk meningkatkan usaha menangani perubahan iklim demi memberhentikan pengubahan sistem iklim serta kesan-kesan negatifnya ke atas masyarakat insan.

Sebagai sebuah negara daripada 197 negara parti yang telah merunding dan menerima pakai  Perjanjian tersebut dan seterusnya merupakan antara 175 negara parti yang turut menandatangani Perjanjian tersebut pada 22 April di New York, Malaysia haruslah melaksanakan Perjanjian tersebut.

Keadaan flat di Malaysia umpama penepatan setinggan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menyuarakan kebimbangan kami berhubung keadaan kehidupan di flat kos rendah dan sederhana yang boleh dikatakan amat buruk dan daif. Inilah hakikat yang boleh kami kemukakan selepas kami melakukan tinjauan di beberapa buah flat kos rendah dan sederhana di sekitar kawasan pulau dan Seberang Perai.

Pelbagai laporan sudah dikemukakan mengenai keadaan flat-flat berkenaan yang amat teruk. Bagaimanapun di sebalik pelbagai laporan mengenainya, penghuni flat masih menjalani kehidupan dalam keadaan yang serba daif dan buruk.

CAP memandang berat akan beberapa peristiwa yang mengejutkan di flat-flat seumpamanya – seperti kejadian di mana kanak-kanak maut setelah terjatuh dari tingkat yang tinggi apabila besi pengadang yang sudah berkarat dan reput patah, atau kawasan pembuangan sampah yang dipenuhi tikus dengan bahan buangan yang busuk. Sehubungan itu kami memutuskan untuk membuat tinjauan berhubung perkara ini.

CAP Gesa Pelaksanaan Pembungkusan Kosong

Sejak Malaysia melaksanakan amaran kesihatan bergambar (PHW) pada kotak rokok sejak Jun 2009, Kajian Tembakau Dewasa Global (GATS), Malaysia, melaporkan bahawa 92.8 peratus perokok semasa (93.2 peratus lelaki dan 74.7 peratus wanita) menyedari amaran kesihatan pada kotak. Ia menunjukkan PHW berkesan memadangkan ia juga ditemui di negara lain yang melaksanakannya.

PHW melaksanakannya selaras dengan Artikel 11Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Malaysia merupakan sebuah negara anggota FCTC selepas menandatangani perjanjian pada 23 September 2003 dan meratifikasinya pada 16 September 2005. FCTC memberikan garis panduan dan pemangkin bagi Malaysia untuk melaksanakan langkah kawalan tembakau.

Pada masa ini kotak rokok di Malaysia membawa PHW yang meliputi 50 peratus pada bahagian depan kotak dan 60 peratus pada bahagian belakang kotak. Bagaimanapun, industri tembakau masih mampu untuk menggunakan fon dan rekabentuk menarik untuk mengisi baki ruang yang didapati pada kotak rokok dalam usaha untuk ‘mencairkan’ kesan PHW serta menggunakannya sebagai promosi.

Haramkan Pewarna Ponceau 4R – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan pewarna Ponceau 4R.

Pewarna kemerah-merahan ini diketahui boleh menyebabkan kanser, tindak balas alahan, dan asma. Beberapa negara seperti  Kanada, Norway dan Amerika Syarikat telah mengharamkannya.  Ponceau 4R adalah pewarna azo yang dihasilkan daripada produk petroleum.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt