Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Memisahkan Pemberian Ubatan: Memastikan Keselamatan Rawatan Perubatan

Baru-baru ini terdapat banyak perbincangan dalam media mengenai isu lama Pemisahan Pemberian Ubatan.

Banyak daripada hujah yang dikemukakan ialah seperti kemudahan, kebolehcapaian malahan kecekapan atau kompetens. Manakala CAP merasakan bahawa walaupun perkara ini penting bagi pengguna, Keselamatan Rawatan Perubatan kepada pesakit perlu diutamakan dan perkara ini perlu menjadi pertimbangan utama bagi pihak berkuasa untuk mengambilkira sebarang keputusan berhubung isu Pemisahan Pemberian Ubatan. Amalan semasa doktor klinik persendirian memberi preskripsi dan memberikan ubatan tidak menyediakan mekanisme keselamatan bagi audit pihak ketiga yang berkelayakan atau pemeriksaan terhadap kesesuaian atau ketepatan preskripsi. Ketiadaan semakan dan imbangan dalam peraturan penjagaan kesihatan menjejaskan keselamatan pesakit.

 

Usah beralasan lagi: Haramkan kodeina sekarang

Sejak 15 tahun lalu, CAP telah mengetengahkan isu mengenai bahaya dan kemudaratan pengambilan kodeina (codeine) dalam ubatan dan kemudahan membelinya di mana-mana. Kami percaya Kementerian kesihatan memahami perkara ini dan pihak berkuasa farmaseutikalnya cukup menyedari tentang keadaan di sini.

Keluarkan segera dari pasaran, vaksin oral Rotarix untuk bayi cirit-birit yang tercemar dengan virus yang ditemui dalam babi.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan sikap mendiamkan diri oleh Kementerian Kesihatan dan GlaxoSmithKline Malaysia (GSK) berhubung meluasnya pencemaran Rotarix, vaksin oral GSK yang diberikan kepada bayi berusia kurang daripada 12 bulan untuk mencegah rotavirus yang boleh menyebabkan gastroenteritis yang membawa kepada muntah, cirit birit dan demam. Kelompok Rotarix di seluruh dunia telah tercemar dengan bahan genetik daripada porcine circovirus jenis 1 (PCV1) – virus yang biasanya ditemui dalam babi.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt