Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Haramkan plumbum dalam produk untuk membendung keracunannya – CAP

Plumbum merupakan bahan toksik kumulatif yang boleh menjejaskan pelbagai sistem dalam tubuh. Ia khususnya beracun kepada kanak-kanak, wanita hamil dan mereka yang terdedah kepadanya. Di antara beberapa kesan akibat pendedahan kepada bahan ini termasuklah kesukaran untuk belajar, semakin enggan bergaul dengan orang lain, kesuburan menurun dan meningkatkan risiko masalah ginjal serta penyakit kardiovaskular di kemudian hari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengiktiraf 22-28 Oktober 2017 sebagai Minggu Pencegahan Keracunan Plumbum Antarabangsa. Tumpuan utamanya ialah peranan pendedahan kepada plumbum dalam perkembangan ketidakupayaan intelek kanak-kanak.

CAP Mengalu-alukan Keputusan Kerajaan untuk Mengeluarkan Lesen Penggunaan Kerajaan untuk Ubat Hepatitis C, yang Boleh Menyelamatkan Beratus Ribu Nyawa

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan keputusan kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan lesen penggunaan kerajaan yang akan membolehkan kerajaan mengimport ubatan untuk rawatan Hepatitis C pada harga yang lebih rendah dan memyembuhkan beratus ribu rakyat Malaysia yang terjejas dengan virus Hepatitis C (HCV).

Menurut pelbagai laporan dan sumber yang boleh dipercayai, keputusan ini diambil oleh Kabinet pada 4 Ogos 2017.

Perlunya Dijalankan Lebih Banyak Audit Klinikal Dan Aktiviti Penguatkuasaan Dalam Sektor Swasta

Kes melibatkan kematian menantu Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini yang diberikan bius oleh kakitangan yang tidak berkelayakan di kemudahan pergigian swasta menimbulkan persoalan besar berhubung audit kemudahan jagaan kesihatan swasta. Kes ini telah menarik perhatian seluruh negara kerana ia melibatkan ahli keluarga VIP. Kemungkinan terdapat lebih banyak lagi kes yang tidak dilaporkan dalam kalangan orang biasa.

Berikan Farmasi Hak Mereka Untuk Memberikan Ubat

Industri penjagaan kesihatan disokong oleh beberapa disiplin atau peraturan dengan setiap satunya mempunyai kurikulum latihan, standard dan penerangan pekerjaan sendiri seperti bidang kejururawatan, fisioterapi, dietetik, farmasi atau perubatan. Setiap disiplin menyokong antara satu sama lain dan integrasi pelbagai disiplin itulah yang membawa kepada sokongan penjagaan kesihatan optimum bagi pengguna dan pesakit.

Bagaimanapun norma sejagat di mana doktor membuat diagnosis dan preskripsi manakala farmasi membuat audit dan memberikan ubat seperti serba tidak kena di Malaysia, dan tanggapan untuk memberikan farmasi hak mereka untuk memberikan ubat sering mendapat bantahan daripada doktor. Tetapi apa yang paling aneh dan tidak difahami ialah pendirian Kementerian Kesihatan berhubung isu ini bahawa mereka tidak akan menyokong pemisahan pemberian ubat. Berasaskan apakah Kementerian Kesihatan menafikan peranan asas kerjaya itu?

Elakkan Makan Daging Demi Kesihatan dan Alam Sekitar – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan  pengguna supaya tidak memakan daging demi kesihatan mereka dan  alam sekitar.

Kajian terbaharu yang dijalankan oleh Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser (IARC) memperolehi “bukti yang secukupnya bahawa memakan daging, khususnya daging yang diproses,  menyebabkan kanser kolorektum.”

Pembelian Peralatan Perubatan Meragukan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merujuk kepada laporan akhbar berhubung tindakan Kementerian Kesihatan membeli peralatan perubatan yang meragukan. Kami agak terkejut apabila mengetahui pihak Kementerian menimbang, apatah lagi membeli, peralatan perubatan yang diragui kualiti dan asalnya untuk digunakan kepada pesakit. Oleh kerana perkara ini sudah dimaklumi, kami ingin mengetengahkan beberapa perkara penting berhubung isu ini.

 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt