Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Haramkan segera penjualan racun herba berasaskan glyphosate – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengulangi gesaannya kepada pihak berkuasa supaya mengharamkan segera penjualan racun herba berasaskan glyphosate kerana ia didapati berbahaya kepada manusia dan hidupan liar selain mencemarkan alam sekitar.

Baru-baru ini seorang lelaki dari Brooklyn, Amerika, menuntut pampasan bernilai $5 juta dalam satu saman terhadap Pepsico, iaitu syarikat pengeluar Quaker Oats. Menurut saman tersebut, dakwaan pihak syarikat bahawa makanan untuk sarapan yang terkenal itu sebagai 100% asli adalah dakwaan yang palsu, bersifat menipu dan mengelirukan kerana syarikat terbabit menggunakan glyphosate ketika memproses oat.

Bahan itu digunakan sebagai racun rumpai dan disembur pada tanaman oat sebagai bahan pengering sebelum dituai, demikian menurut dakwaan lelaki dari Brooklyn itu dalam samannya di mahkamah persekutuan.

Kelalaian Tugas Suruhanjaya Tenaga

Lima tahun selepas Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melaporkan (pada 25 Oktober 2010) kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) mengenai penjualan “bantal pemanas” yang dipanaskan melalui bekalan elektrik, ST mengeluarkan arahan melarang import, pengilangan, penjualan, pengiklanan produk pada 23 Oktober 2015. Bagaimanapun, tiada penguatkuasaan terhadap arahan itu. CAP dapat membeli satu daripada bantal ini pada 26 April 2016.

Haramkan bedak talkum dan produk berasaskan talc – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan bedak talkum dan produk berasaskan talc.

Komposisi talc menyerupai asbestos, dan ia terkandung dalam produk seperti bedak bayi, pembayang mata, pemerah pipi dan deodoran. Namun talc telah dikaitkan dengan kanser ovari dan masalah pernafasan.

Walaupun talc digunakan secara meluas dalam kosmetik di seluruh dunia, tetapi kemungkinan talc bebas asbestos juga bersifat karsinogenik telah mendorong Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan kosmetik berasaskan talc.

Kemalangan di Tapak Pembinaan Menunjukkan Ketidakberkesanan DOSH

Kementerian Sumber Manusia mendedahkan pada Jun 2015, 92.5% tapak pembinaan tidak mematuhi dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH). Ini menunjukkan Prosedur Operasi Standard (SOP) DOSH dalam menjalankan tugas untuk mencegah ketidakpatuhan kepada undang-undang itu.

Statistik ini menggambarkan ketidakberkesanan DOSH dalam menyampaikan mesej kepada syarikat pembinaan bahawa undang-undang perlu dipatuhi pada setiap masa. Angka ini mempersendakan notis “UTAMAKAN KESELAMATAN” di tapak pembinaan. Dengan meletakkan notis ini tidak membebaskan industri daripada liabiliti bagi kecederaan dan kematian. Begitu juga notis ini tidak membebaskan DOSH daripada memastikan bahawa semua langkah keselamatan telah dipatuhi.

Selamatkan Remaja Daripada Kemusnahan Hidup Akibat Ketagihan Haramkan Sepenuhnya E-Rokok, Vape dan Shisha

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut oleh keputusan kabinet untuk mengawal e-rokok dan vape sebagai ganti mengharamkan sepenuhnya. CAP sekali lagi mengulangi gesaan agar kabinet mengenakan pengharaman sepenuhnya ke atas e-rokok dan vape jika mereka prihatin mengenai masa depan dan kesejahteraan golongan belia di negara ini.

Perbezaan pandangan menteri kabinet dalam perkara ini mungkin boleh membawa kepada meluasnya lebih banyak masalah sosial. Amat menyayat hati untuk mengetahui bahawa sesetengah menteri menyokong amalan buruk ini dengan mengekalkan pendirian mereka dengan menentang terhadap pengharaman ini. Hanya beberapa orang menteri kabinet yang mengemukakan kebimbangan mereka berhubung isu ini manakala yang lain kekal pasif.

Keracunan Makanan: Kuatkuasakan Peraturan Kebersihan Makanan 2009

alt

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya menguatkuasakan dengan tegas Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Gesaan ini dibuat berikutan kes-kes keracunan makanan yang berlaku di negara ini.

Kejadian terbaharu berlaku pada 24 Mac lalu di mana Menteri Pelancongan, tiga ahli Exco negeri dan 30 pegawai pelancongan kanan dari negara-negara ASEAN mengalami keracunan makanan yang teruk selepas memakan makanan laut di sebuah perkampungan nelayan di Umbai, Melaka. Ujian makmal ke atas sampel makanan mendapati makanan yang dihidangkan itu dicemari bakteria E. Coli, bermakna
 terdapat pencemaran najis.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt