Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kekebalan Antibiotik Jejas Rawatan Kanser

Jika kekebalan antibiotik berterusan – bagi pesakit kanser, ini mungkin bermakna kadar kematian yang lebih tinggi, lebih sukar dan lebih mahal rawatannya serta banyak kesan sampingan. Banyak pilihan rawatan akan lenyap.

Bakteria kebal antibiotik dengan itu akan menyebabkan rawatan kanser kembali selama beberapa dekad, manakala insiden kes kanser akan berterusan meningkat pada tahun-tahun akan datang.

Bedak talkum dalam suplemen anda?

Menurut sumber industri, untuk mengelakkan kebimbangan pengguna mengenai penggunaan tablet toksik atau agen salutan, kebanyakan pengeluar cuba mengelakkan masalah itu dengan tidak menyenaraikannya pada label.

“Agen pengalir seperti bedak talkum, disyaki karsinogen (agen penyebab kanser), digunakan secara kerap oleh kebanyakan pengeluar seperti polyvinylpyrrolidone, magnesium stearate (terbukti agen penekan imun), lilin dan banyak lagi karsinogen lain yang diketahui atau disyaki.

Kesejahteraan Emosi Rakyat Malaysia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan kesihatan sebagai "keadaan sempurna fizikal, mental, dan kesejahteraan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit atau kelemahan".

Kesejahteraan emosi adalah tunjang kepada kesihatan yang baik dalam dunia hari ini di mana penyakit mental dan fizikal dikaitkan dengan kemampuan kita untuk mengatasi tekanan kehidupan moden. Penyakit mental dan penyakit yang berkaitan dengan stres semakin meningkat dalam masyarakat bandar.

Bentuk Piawaian untuk Plumbum dalam Cat – CAP

CAP gesa peraturan bagi plumbum dalam cat.

Sempena Minggu Pencegahan Keracunan Plumbum Antarabangsa, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengulangi gesaan kepada kerajaan Malaysia agar menyingkirkan plumbum dalam cat dengan mengadakan peraturan untuknya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperakui 25-31 Oktober 2020 sebagai Minggu Pencegahan Keracunan Plumbum Antarabangsa dalam usaha meningkatkan kesedaran dan menggalakkan tindakan untuk mengetengahkan kesan pendedahan plumbum ke atas kesihatan, terutama ke atas kanak-kanak, wanita hamil dan pekerja.

Malaysia Tidak Bersedia Untuk Masyarakat Berusia

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengutamakan keperluan penduduk negara yang semakin berusia sebagai ganti menggalakkan pembinaan perkampungan pesaraan yang hanya melayani segelintir daripada masyarakat.

Kami menggesa kerajaan supaya menerima pakai reka bentuk sejagat (Universal Design), rangka kerja bagi reka bentuk kehidupan dan ruang pekerjaan, dan produk bagi manfaat orang ramai seberapa luas yang boleh untuk digunakan dalam situasi jangkauan yang meluas tanpa reka bentuk khas atau berasingan. Contoh mudah ialah penerapan reka bentuk sejagat dalam pembinaan tanjakan pada bangunan yang boleh digunakan oleh kebanyakan orang pada semua peringkat usia, keadaan kesihatan dan bagi pelbagai kegunaan.

KELIRU dan DIPAKSA Membeli Lebih Banyak

pusat membeli-belah hari ini dan anda akan kehilangan arah. Anda merasa keliru dan tidak tahu bagaimana untuk kembali ke kereta.

Banyak pusat membeli-belah moden menggunakan pelan lantai heksagon, yang terbukti menjadi antara paling sukar untuk mencari arah.

alt

alt

alt

alt

alt