Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kes lif terjunam semakin meningkat

Terdapat banyak kes lif yang dilaporkan terjunam daripada beberapa tingkat dan turut mencederakan penumpangnya. Dalam kejadian terbaharu di Lumut, ia berakhir dengan kematian.

Pujian Kepada Jabatan Polis Terhadap Tindakan Tegas

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengucapkan tahniah kepada Jabatan Polis kerana mahu mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan memiliki bunga api dan mercun.

Dilaporkan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis akan bertindak tegas ke atas mereka yang memiliki bahan letupan kerana melanggar Seksyen 8 Akta Letupan 1957. Jika didapati bersalah mereka boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun, denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau juga menegaskan bahawa pihak polis berkuasa untuk “memasuki atau mengeledah dan mencari mana-mana rumah, premis atau bangunan lain atau tempat atau mana-mana kenderaan, kapal atau kapal terbang yang dinyatakan dalam waran dan untuk menyiasat semua orang yang terlibat”.

Skim BL1M lebih baik atau lebih buruk?

Majoriti kematian akibat kemalangan di jalan raya membabitkan penunggang motosikal terutama sekali penunggang muda. Pengenalan skim Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) hanya akan memburukkan lagi situasi semasa. Sebagai ganti, pihak berkuasa perlu memberikan tumpuan bagi menyediakan pengangkutan awam yang lebih cekap, mampu dan boleh diharapkan dan mengurangkan bilangan kenderaan milik persendirian di jalan raya.

Hak Kerahsiaan Data Kesihatan Peribadi Dicabuli

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat bimbang oleh beberapa berita baru-baru ini bahawa sekumpulan penggodam telah menceroboh ke dalam sistem hospital kerajaan dan swasta dan mencuri data kesihatan peribadi berpuluh ribu individu – data ini kemudiannya dijual kepada syarikat farmasi melalui sindiket penjualan maklumat.

Implikasi kecurian siber ini amat menakutkan sekali kerana kerajaan kita dan pelbagai agensi cuba untuk mendapatkan apa sahaja (transaksi perbankan, mengisi borang, membuat aduan dan sebagainya) secara dalam talian, sebagai sebahagian daripada inisiatif hijau kita; bagaimanapun terdapat kemungkinan besar bahawa kita tidak benar-benar mempunyai jaminan keselamatan untuk menyokong langkah ini – sebagaimana jelas dalam insiden ini. Laporan berita menyatakan bahawa 10,000 kes jenayah siber dilaporkan setiap tahun dengan anggaran kerugian wang bersamaan lebih daripada RM2.7 juta; dan jenayah ini sebahagian besarnya melibatkan penipuan dalam talian dan menggodam pelayan komputer.

Korban perang di jalan raya, 62,323 menjadi mangsa

Sejak pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Afghanistan pada 2001, seramai 28,778 orang terkorban. Dalam tempoh yang sama di Malaysia seramai 62,323 orang kehilangan nyawa mereka di jalan raya. Dengan begitu banyak kematian dan kecederaan serius kami menyamakan situasi ini seperti perang. Dalam banyak keadaan, seluruh keluarga hilang dan ramai daripada kita sebahagian besarnya masih tidak sensitif, serta tidak mempedulikan penderitaan orang lain. Apakah yang dilakukan oleh agensi dan penggubal dasar? Mereka mengambil mudah perkara ini dengan membenarkan pembunuhan terus berlaku.

Power Banks Tidak Bermutu?

Pengguna yang membeli Power Banks untuk telefon bimbit mereka pada harga murah mendapati mereka dicekik darah oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Kami membeli beberapa daripadanya selepas pengguna mendakwa Power Banks itu kehilangan kuasa dengan begitu cepat berbanding dengan saiz unitnya.

Apabila kami membukanya untuk melihat apakah isi di dalamnya, kami mendapati terdapat bateri murah untuk penyimpanan kuasa dan juga sarung bateri yang diisi pasir untuk menjadikan Power Banks itu lebih berat.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt