Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Penguatkuasaan undang-undang jalan raya tidak sepatutnya bermusim

Tahun demi tahun kita melancarkan Ops Sikap, yang sekarang dinamakan Ops Selamat, dalam usaha untuk mencegah kemalangan jalan raya menjelang musim perayaan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tangga ke 20 bagi jumlah kematian paling ramai pada tahun 2011 di dunia. Kira-kira 18 orang terbunuh setiap hari dalam kemalangan jalan raya dan menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), angka tersebut dijangka meningkat kepada 29 mangsa menjelang 2020.

Menurut Ketua Polis Trafik, Mohd Fuad Abdul Latiff, Ops Sikap yang dilaksanakan sebelum ini kurang berkesan kerana pihak polis cuma menasihati pengguna supaya memandu secara berhemah, jangan memotong barisan dan bersabar ketika memandu. Bagaimanapun Ops Selamat membabitkan penguatkuasaan sepenuhnya. Beliau menegaskan amaran secukupnya sudah diberi dan tindakan serta merta akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan penguatkuasaan yang ketat ini dan berharap dapat melihat penurunan positif dalam kemalangan jalan raya pada Hari Raya tahun ini.

Namun begitu, penguatkuasaan undang-undang jalan raya tidak sepatutnya dibuat ketika musim perayaan sahaja. Penguatkuasaan yang ketat perlu dijalankan secara berterusan, bukannya semasa menjelang musim perayaan semata-mata.

 

Kenapa Terdapat Kerahsiaan Dalam Penarikan Balik Kereta Di Malaysia

Kami difahamkan bahawa model kereta Ford Focus mempunyai masalah driveshaft yang serius yang boleh menyebabkan ia patah “dalam keadaan pemanduan tertentu”.

Baru-baru ini dalam satu kes di Johor, bahagian driveshaft jatuh menyebabkan hujung driveshaft longgar dan tergantung menyebabkan calar yang panjang pada permukaan jalan. Nasib baik tiada seorang pun yang mengalami kecederaan.

Keselamatan di jalan raya: Pendekatan radikal amat diperlukan

Bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia terus meningkat walaupun kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit dan membentuk beberapa agensi untuk menangani isu tersebut. Menurut statistik polis, jumlah kematian di jalan raya telah meningkat daripada 6,286 pada 2003 kepada 6,877 pada 2012, sementara jumlah kemalangan meningkat daripada 298,653 kepada 462,423. Kita mempunyai pemikiran, sistem data, prasarana organisasi, dasar dan program yang salah. Selagi kita tidak memperbetulkannya, kita akan terus melihat peningkatan dalam kes-kes tragedi di jalan raya.

CAP Tuntut Siasatan Ke Atas Insiden Senjata Api Dan Penyeludupan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dan bimbang oleh berita kejadian mati akibat ditembak dan kini ia menjadi semakin kerap. Sehubungan itu, CAP menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat dan menyarankan langkah untuk mengawal insiden senjata api di negara ini.

Ia menunjukkan bilangan kes kejadian tembak juga meningkat sejak beberapa bulan terakhir ini dan beberapa kes melibatkan mereka yang terkenal iaitu:

·         Pada 15 Jun, seorang ahli perniagaan ditembak mati di dalam keretanya selepas Plaza Tol Sungai Rasau, Shah Alam.

·         Pada 21 Jun, ahli politik Bill Kayong ditembak pada lehernya ketika berhenti di simpang lampu isyarat, Lutong, di utara bandar Miri.

·         Pada 6 Julai, ejen hartanah wanita ditembak mati dan anaknya turut cedera dalam insiden tembak di Taman OUG, Kuala Lumpur.

·         Pada 13 Julai, seorang lelaki yang dipengaruhi oleh dadah menembak ibu, adik, anak saudara berusia dua tahun dan teman lelaki ibunya dengan pistol 9mm separuh automatik di Batu Maung, Pulau Pinang.

MH370: Beberapa isu yang tidak harus diabai

alt

Isu kegagalan teknologi agak diabaikan dan kekal berada di belakang, walaupun ia merupakan kemungkinan yang utama.

SAM Kesal Jeti Nelayan Chukai Terlalu Uzur

Kerajaan Terengganu Dan LKIM Digesa Bertindak

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Terengganu dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah jeti nelayan di Chukai daerah Kemaman di sini yang telah lama uzur serta membahayakan keselamatan pengguna.

Masalah yang di hadapi oleh 200 nelayan pantai di kawasan ini telah berlalu sejak lebih 10 tahun yang lalu tetapi hingga sekarang tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak bertanggungjawab walau pun perkara tersebut telah beberapa kali dilaporkan.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt