Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Mercun dan Bunga Api: Kuatkuasakan Sahaja Undang-undang!

Sepatutnya perayaan disambut dengan penuh kemeriahan tetapi malangnya setiap tahun ada sahaja mereka yang dimasukkan ke hospital. Jika bernasib baik, mereka hanya mengalami kecederaan, jika tidak ajal menanti. Pihak berkuasa berkaitan nampaknya tidak mengambil berat dalam menangani masalah ini yang masih berterusan setiap tahun.

Tahun ini juga turut mengulangi perkara yang sama berlaku seperti tahun-tahun sebelumnya. Sudah pun terdapat laporan kecederaan dan berita mercun dan bunga api dijual berleluasa dengan harga RM2 hingga RM65 sekotak di Pasar Ramadhan seluruh negara.

Produk Elektrik/Elektronik Tidak Dikawal dan Berbahaya di Pasaran

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut bagaimana produk elektrik tidak dikawal boleh terus diperolehi di pasaran. Masalah ini sudah lama didedahkan oleh CAP.

Terdapat banyak produk elektrik/elektronik yang membimbangkan tanpa label Suruhanjaya Tenaga-SIRIM yang dijual dengan berleluasa di pasaran.

JALAN TIDAK RATA, CAP GESA KERAJAAN P.PINANG AMBIL TINDAKAN SEGERA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah jalan yang tidak rata, berbonggol,pecah dan berlubang di beberapa laluan di negeri ini.

Keadaan tersebut bukan saja menimbulkan rasa tidak selesa dan kecewa di kalangan pengguna-pengguna jalan yang terlibat tetapi juga merasa bimbang kerana ia boleh mengancam keselamatan mereka jika masalah itu dibiarkan.

 

SEMAKIN BANYAK STRUKTUR TAPAK PEMBINAAN BELUM SIAP ROBOH, SEMAKIN RAMAI PEKERJA BINAAN MATI BILAKAH KEJADIAN SEBEGINI AKAN TERHENTI?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) begitu terkejut mendengar tragedi jejambat pejalan kaki dalam pembinaan, yang menghubungkan KL Eco City dan Mid Valley Megamall di Bangsar, Kuala Lumpur, roboh baru-baru ini. Tidak sampai sebulan selepas sepasang suami isteri maut apabila piling rig menghempap kereta mereka di tapak pembinaan sepanjang Persiaran Astana, Klang, satu lagi tragedi yang membawa kepada kecederaan serius dan maut pula berlaku.

Jika semua pihak yang terbabit dalam industri pembinaan – antaranya termasuklah majlis perbandaran tempatan, pemaju, kontraktor, arkitek, juruukur bahan, jurutera struktur, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (DOSH) dan semua pihak lain memainkan peranan masing-masing dengan berkesan, tragedi malang itu mungkin dapat dielak.

BOMBA ARAH PENGGUNAAN SISTEM PENGAWASAN AMARAN KEBAKARAN AUTOMATIK TIDAK DIKAWAL

Seksyen 238 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 menyatakan Sistem Amaran Kebakaran Automatik yang dipasang dalam premis-premis tentuan (khususnya premis yang menempatkan ramai penghuni seperti hospital, hotel, sekolah, kilang dan seumpamanya) mesti mempunyai sambungan terus kepada balai bomba yang berkenaan dengan membipas (bypassing)  papan suis. “Telefon merah” di premis-premis tersebut menjadi hubungan secara langsung. Sistem ini telah mendapat kelulusan dari Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). Ketika berdepan dengan keadaan kecemasan, pengawasan efisien amaran kebakaran oleh kakitangan terlatih adalah penting dan masa dihitung dalam bilangan  saat.

Kebelakangan ini pihak Jabatan Bomba mengadu bahawa Sistem Pengawasan Berkomputer (CMS) yang digunakan menghantar terlalu banyak amaran palsu ke balai bomba dan ia menyebabkan kakitangan yang bertugas mengambil masa terlalu lama untuk mengawasinya.

DARI KREN KE TIANG CERUCUK

Setiap kali insiden berlaku di tapak pembinaan dan mengakibatkan kematian satu atau lebih nyawa, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan menjalankan siasatan sepenuhnya mengenai operasi Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH) tetapi malangnya tidak dipedulikan.

Kami sekali lagi membuat gesaan berdasarkan kejadian pasangan yang maut ditimpa tiang cerucuk ketika mereka melalui tapak pembinaan sepanjang Persiaran Astana, Klang, Jumaat lepas.

alt

alt

alt

alt

alt