Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Bumbung Stadium Terengganu runtuh – Keselamatan pekerja dan orang awam mencapai peringkat teruk

Tidak sampai empat tahun yang lalu, 60 peratus daripada bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM292 juta telah runtuh dengan kerosakan bernilai antara RM15 hingga RM25 juta. Mujur tidak berlaku sebarang kematian.

Mercun dan Bunga Api: Kuatkuasakan Sahaja Undang-undang!

Sepatutnya perayaan disambut dengan penuh kemeriahan tetapi malangnya setiap tahun ada sahaja mereka yang dimasukkan ke hospital. Jika bernasib baik, mereka hanya mengalami kecederaan, jika tidak ajal menanti. Pihak berkuasa berkaitan nampaknya tidak mengambil berat dalam menangani masalah ini yang masih berterusan setiap tahun.

Tahun ini juga turut mengulangi perkara yang sama berlaku seperti tahun-tahun sebelumnya. Sudah pun terdapat laporan kecederaan dan berita mercun dan bunga api dijual berleluasa dengan harga RM2 hingga RM65 sekotak di Pasar Ramadhan seluruh negara.

CAP GESA JALAN DI PASAR BESAR SENA,KANGAR DIBAIKI SEGERA

Jalan berlubang di Pasar Besar Sena yang merbahayakan pengguna.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengambil tindakan membaiki jalan yang rosak teruk di sekitar Pasar Besar Sena di Kangar dengan segera.

Masalah yang sudah lama berlaku itu bukan saja menjejaskan keselesaan para pengguna yang berkunjung ke pasar tersebut malah keadaan ini juga boleh mengancam keselamatan mereka jika terus dibiarkan berlarutan.

Asbestos: Pembunuh senyap

Dalam beberapa minggu yang lalu, kebimbangan berhubung keracunan asbestos telah ditimbulkan di dalam media cetak tempatan dan sememangnya ia benar! Bahan serat yang berlaku secara semula jadi ini dengan ketahanan terhadap haba panas dan api telah dikenal pasti sebagai ancaman serius kepada nyawa manusia di Negara Barat dan seberapa boleh yang mungkin hendaklah dielakkan sama sekali.

PENGHARAMAN MERCUN: SIAPA LAGI YANG DITAHAN DAN DIDAKWA?

Dua lelaki masing-masing dikenakan denda RM6,000 dan hukuman penjara selama empat hari kerana didapati bersalah memiliki mercun secara haram ketika berlangsung perlawanan bola sepak di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang pada 11 Februari 2017 yang lalu.

Salah seorang lelaki tersebut memiliki 12 mercun sementara seorang lagi memiliki empat mercun.

JALAN TIDAK RATA, CAP GESA KERAJAAN P.PINANG AMBIL TINDAKAN SEGERA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah jalan yang tidak rata, berbonggol,pecah dan berlubang di beberapa laluan di negeri ini.

Keadaan tersebut bukan saja menimbulkan rasa tidak selesa dan kecewa di kalangan pengguna-pengguna jalan yang terlibat tetapi juga merasa bimbang kerana ia boleh mengancam keselamatan mereka jika masalah itu dibiarkan.

 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt