Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Tutup sahaja industri pembinaan

Minggu lalu kita dikejutkan dengan berita lantai mezzanine di sebuah pasar raya di Alor Gajah tiba-tiba roboh hingga mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pekerja. Kini kita dikejutkan sekali lagi dengan berita bahawa 92.5% tapak pembinaan di negara ini tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan. 

Mercun dan Bunga Api Haram Masih Terdapat Dalam Pasaran

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah berulang kali menggesa supaya penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap pengharaman mercun/bunga api sejak lebih 20 tahun tetapi malangnya gesaan ini tidak dipedulikan.

Sementara kita berjuang untuk menguatkuasakan undang-undang, lebih daripada 40,000 orang telah menandatangani petisyen menggesa undang-undang baharu untuk mengharamkan penggunaan bunga api oleh orang awam di United Kingdom (UK). Alasan mereka ialah bunga api menyebabkan “cemas, sedih dan bimbang” kepada “ramai orang dan haiwan”.

KISAH SEDIH KEBAKARAN BANGUNAN MENARA BERTERUSAN DI MALAYSIA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin dengan kekurangan perhatian oleh pihak berkuasa terhadap keselamatan kebakaran di negara kita.

Pada 11.50 pagi 13 Februari 2018 satu kebakaran berlaku ketika kerja penyelenggaraan sedang dilakukan di bangunan KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya mampu untuk merebak dengan cepat disebabkan lapisan pada dinding luar bangunan dibuat daripada bahan yang tidak mematuhi dengan spesifikasi. Artikel berita memetik bahan itu sebagai polyethylene/polyurethane/polystyrene; pada umumnya bahan ini kita panggil sebagai bahan poly-foam. Ia terdengar seperti biasa?

Pekerja asing tidak boleh dikorbankan

Berita mengenai tingkat lantai sebuah pasar raya besar yang sedang dalam pembinaan runtuh di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka amat mengejutkan. Laporan menyatakan tingkat lantai itu runtuh apabila penyangganya dikeluarkan. Lima belas pekerja asing yang menjadi mangsa dikatakan berada di dalam bangunan pada ketika itu menyebabkan tiga kematian, enam cedera manakala enam lagi masih hilang.

Jalanraya Mengancam Hidupan Liar

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat terkejut dengan kekerapan berlakunya kematian di jalan raya yang melibatkan spesies terancam. Dilaporkan sejak 2011, haiwan liar seperti musang, babi hutan, marbled cats, tapirs dan lain-lain terbunuh akibat kemalangan jalan raya.

Dalam kalangan hidupan liar, mamalia merupakan bilangan tertinggi haiwan yang terbunuh dalam kemalangan ini, melibatkan 1,110 kematian.

Mainan Kejutan Untuk Kanak-Kanak

Di samping beberapa alat permainan berbahaya yang dijual di pasar raya, kedai dan gerai di seluruh negara, terdapat alat permainan baharu yang mampu untuk memberikan kejutan elektrik kini telah muncul kembali.

Perkara ini telah diperolehi dalam satu tinjauan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan kami telah membeli “Shock Chewing Gum” dengan harga RM6.00.

Bentuknya seakan-akan gula-gula getah Wrigley’s yang lengkap dengan ramuannya. Kepingan ‘gula-gula getah’ ini menjulur keluar untuk ditarik. Apabila seseorang itu menarik ‘gula-gula getah’ ini, ia akan mencetuskan suis yang menghantar caj elektrik melalui tangan seseorang itu. Orang ini akan merasa kejutan elektrik melalui tangannya.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt