Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kes lif terjunam semakin meningkat

Terdapat banyak kes lif yang dilaporkan terjunam daripada beberapa tingkat dan turut mencederakan penumpangnya. Dalam kejadian terbaharu di Lumut, ia berakhir dengan kematian.

Dalam tempoh dua tahun yang lalu, tidak kurang daripada lima kes dilaporkan oleh media mengenai lif yang tersangkut antara tingkat ke tingkat dan lif terjunam jatuh ke bawah daripada beberapa tingkat. Majoriti daripada kes ini berlaku di Lembah Klang. Dalam semua kes penumpangnya cedera, menyebabkan mereka berada dalam keadaan trauma, terkejut dan takut untuk menggunakan lif. Kami tidak tahu berapa banyak kes terpencil melibatkan kemalangan yang berlaku dan tidak dilaporkan.

Teknologi moden menjadikan lif lebih selamat. Dalam kejadian kabel putus dan lif terjunam jatuh, brek akan diaktifkan untuk menghentikan lif itu. Di Jepun, selepas satu kemalangan ngeri pada 2009, satu undang-undang diluluskan bagi memastikan brek diaktifkan apabila pintu terbuka, dalam usaha untuk memastikan penumpang tidak terperangkap antara  tingkap. Oleh sebab itu, kita perlu mempertimbangkan untuk menguatkuasakan peraturan seperti itu untuk semua lif di negara ini.

Pada 2008, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah membuat tinjauan terhadap keadaan lif di flat kos rendah di Pulau Pinang. Daripada 25 lif yang diperiksa, tujuh tidak berfungsi pada waktu pemeriksaan. Manakala 22 daripadanya mengalami kerosakan pada bahagian panel kawalan dan lampu. Lif di flat kos rendah dan pangsapuri adalah umpama bom jangka yang sedang menunggu mangsanya. Penduduk juga mengadu mereka berputus asa untuk memanggil syarikat penyelenggaraan lif. Sebaik sahaja lif dibaiki ia akan rosak kembali selepas sehari atau dua hari.

Bangunan tinggi semakin bercambah di kota-kota negara kita, pihak berkuasa perlu memasang sistem kawalan untuk memantau status lif pada setiap masa daripada stesen kawalan berpusat. Syarikat penyelenggaraan lif boleh dimaklumkan secara automatik bagi sebarang masalah yang berlaku terhadap lif dan sekiranya berlaku penumpang terperangkap di dalam lif.

Dengan cara ini pemeriksaan berkala terhadap lif boleh dirancang dan dijalankan menurut keperluan dan kekerapan berlakunya kerosakan. Pada masa ini Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH) menjalankan pemeriksaan berkala sekali dalam tempoh 15 bulan sahaja.

Sehubungan itu, CAP menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan berikut:

1. Menyemak semula peraturan mengenai lif dan tangga bergerak;
2. Memasang sistem pemantauan berpusat di bandar yang mempunyai banyak bangunan tinggi;
3. Meningkatkan kekerapan pemeriksaan apabila perlu;
4. Memeriksa kualiti alat ganti yang digunakan;
5. Memastikan tidak terdapat syarikat yang mengambil keuntungan bagi penyelenggaraan lif;
6. Semua juruteknik penyelenggaraan mestilah bertauliah.

Surat kepada Pengarang - 21 Februari 2013

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt