Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

CAP: Peraturan Baharu Cermin Gelap Abaikan Keselamatan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa bingung oleh pengumuman peraturan baharu oleh Kementerian Pengangkutan berhubung cermin gelap bagi kereta persendirian. Bukan hanya pengumuman dibuat secara tiba-tiba tetapi kelihatan tiada rundingan dengan pihak berkuasa pengangkutan jalan lain. Tindakan pusingan U secara tiba-tiba ini tidak menangani kebimbangan mengenai keselamatan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata bahawa keputusan Kementerian adalah maklum balas kepada kehendak orang ramai yang mahu cermin tingkap kenderaan mereka lebih gelap untuk menapis keluar haba. Dengan keputusan ini Kementerian Pengangkutan tunduk kepada kehendak awam daripada memastikan keselamatan.

Negara kita sudah pun merupakan salah sebuah negara di dunia yang mempunyai rekod yang buruk dari segi keselamatan jalan raya, dengan setengah juta kemalangan dan 7,000 kematian dan menjadikan negara ini menanggung beban RM9 bilion setiap tahun. Pihak berkuasa berusaha sejak bertahun-tahun dan gagal untuk menurunkan angka kemalangan dan kematian ini. Oleh itu, peraturan baharu ini hanya memburukkan lagi rekod keselamatan yang memalukan kita selama ini.

CAP telah menggesa pihak berkuasa dalam membantah penggunaan cermin gelap ini sejak 2007. Tidak diragui, cermin gelap menyediakan sedikit keselesaan dengan menapis cahaya matahari yang terang dan sinaran cahaya lampau ungu yang berbahaya. Realitinya, bukan persoalan pemanasan global atau perubahan cuaca, ia adalah isu keselamatan yang perlu dipertimbangkan. Kenderaan bercermin gelap lebih cenderung mengalami perlanggaran daripada belakang, memandangkan cermin gelap menghalang pandangan pemandu terhadap kenderaan belakang. Kenderaan yang mengekori tidak mampu untuk melihat halangan di jalan dan dengan itu membawa kepada tindak balas perlahan yang akhirnya menyebabkan perlanggaran.

Pengalaman pemandu kenderaan yang menyesal kerana bertukar kepada cermin gelap boleh menjadi pengajaran. Mereka yang berbuat demikian mendapati lebih sukar untuk melihat melalui cermin pandang belakang. Ini mungkin menjadi lebih buruk pada waktu malam atau ketika hujan lebat. Inilah alasan kenapa Jabatan Pengangkutan Jalan mengekalkan paras penembusan cahaya (VLT) bagi cermin depan adalah 70%.  Cermin tepi dan belakang di kekalkan pada 30% dan dalam tahun 2016 di naikan ke 50%.

Dakwaan oleh Menteri Pengangkutan bahawa peraturan baharu itu akan menyelesaikan masalah import kereta dari Jepun dengan paras gelap yang berbeza amat tidak masuk akal. Apabila kita mengimport kereta, pengeluar dan pengimport perlu memastikan kereta itu mematuhi Piawaian Keselamatan dan Undang-undang Malaysia. Bolehkah kita mengeksport kereta pemanduan kanan Malaysia ke Amerika Syarikat? Jadi kenapa kita menukar peraturannya dan untuk keuntungan siapa?

Sebagai tambahan kepada perkara itu, kita juga boleh menjangkakan kes-kes culik, rogol dan kecurian akan meningkat. Kegelapan adalah kelebihan bagi penjenayah. Bagi mereka yang cuba bersembunyi daripada undang-undang dan daripada perhatian pandangan awam akan merasa gembira dengan peraturan baharu ini.

Memandangkan keadaan yang sedemikian, CAP menggesa Kementerian Pengangkutan supaya memansuhkan undang-undang baharu berhubung cermin gelap dengan segera tanpa cuba untuk menggembirakan pihak lain demi untuk keselamatan orang ramai.

 

Kenyataan Akhbar, 8 Mei 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt