Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kementerian Perumahan Mesti Hentikan Jabatan Bomba Memaksa Penggunaan Sistem SPKA

Jabatan Bomba mengadu terdapat beberapa bangunan beroperasi dengan Sijil Kebakaran tamat tempoh. Adakah ini di sebabkan mereka tidak menukar kepada Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA) yang dimonopoli oleh satu syarikat melalui “tender terbuka” yang dipersoalkan?

Dalam tempoh dua tahun lepas pihak Jabatan Bomba telah mengeluarkan surat mengancam pemilik premis bahawa jika mereka tidak bertukar kepada Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik yang disediakan oleh iScada Net, iaitu Sistem SPKA, mereka tidak akan mendapat Sijil Perakuan Bomba (FC) mereka. Pihak Jabatan Bomba masih mengeluarkan surat itu yang sesetengah pemilik bangunan merasakan sebagai mengancam memandangkan sistem CMS mereka masih berfungsi dengan baik dan pihak Kementerian tidak membuat sebarang peraturan berhubung isu monopoli oleh iScada Net.

Perkara ini telah dibawa ke Parlimen pada tahun lepas dan maklum balas daripada pihak Kementerian ialah Kementerian akan melihat isu monopoli yang diberikan kepada iScada Net untuk menyediakan sistem itu.

Jadi apabila Jabatan Bomba berkata “pemilik mestilah mematuhi peraturan atau berdepan undang-undang”, adakah ia bermaksud mereka yang menggunakan Sistem CMS akan berdepan undang-undang di sebabkan pihak Jabatan kini memberikan monopoli kepada iScada Net dan Sistem SPKA, walaupun mereka sudah pun memasang Sistem CMS yang berada dalam keadaan sempurna?

Jika pihak Kementerian masih belum memutuskan mengenai isu monopoli, sekurang-kurangnya apa yang perlu dilakukan buat sementara waktu ialah untuk menghentikan Jabatan Bomba daripada mengeluarkan surat yang mengancam kepada pemilik bangunan.

Pihak Kementerian juga perlu melihat kepada Sistem SPKA itu sendiri yang disebut-sebut oleh iScada Net sebagai lebih baik daripada Sistem CMS, manakala mereka yang menggunakan Sistem CMS mendakwa bahawa Sistem CMS adalah lebih baik memandangkan tiada kelewatan masa dalam isyarat mencapai Balai Bomba.

Penyelidikan kami sendiri menyokong dakwaan bahawa Sistem CMS adalah lebih baik memandangkan tiada campur tangan manusia antara isyarat penggera dan isyarat mencapai Balai Bomba, manakala dalam Sistem SPKA terdapat campur tangan manusia dan sekurang-kurangnya kelewatan sehingga dua minit.

Seterusnya “tender terbuka” itu sendiri perlu disiasat memandangkan keadaan di sekitarnya dipersoalkan memandangkan Jabatan Bomba bekerja secara rahsia dengan iScada Net Sdn. Bhd. selama beberapa tahun untuk memajukan SPKA sebelum “tender terbuka”.

 

Surat Kepada Pengarang, 30 April 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt