Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

HARAMKAN Permainan yang Membunuh

Blue Whale, kedengaran seperti projek ekologi tetapi ia sebenarnya bertentangan kerana ia merupakan satu permainan yang membunuh di mana kita perlu sentiasa berjaga-jaga mengenainya. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) prihatin mengenai langkah kerajaan untuk menjauhkan Blue Whale daripada Malaysia. Apakah permainan ini dan bagaimana untuk kita memastikan keselamatan anak-anak kita?

VeronikaVolkova, 16, dan YuliaKonstantinova, 15, dari Rusia terjun dari apartmen bersama pada Februari 2017. J. Vignesh, 19, dari India menggantung dirinya pada September 2017. Sebelum itu, seorang budak lelaki berusia 14 tahun dari Mumbai terjun dari tingkat lima dan Manoj C Manu, 16, dari Kerala, menggantung dirinya pada Julai tahun yang sama. Mangsa ini dan 150 yang lain dari Rusia, AS, UK, Itali, Brazil, Argentina, Portugal dan India membunuh diri dikatakan mempunyai kaitan dengan cabaran permainan dalam talian yang dipanggil Blue Whale.

Blue Whale adalah kedua-duanya permainan dalam bentuk tradisional mahu pun aplikasi perisian. Ia merupakan cabaran yang boleh dilanjutkan kepada seseorang melalui sebarang maksud komunikasi dan mereka yang menerima cabaran perlu bermain melalui arahan dalam kehidupan sebenar dan melaporkan balik kepada pencabarnya. Cabaran ini bermula dengan ‘kurator’ yang menyampaikan mesej persendirian kepada permain dalam media sosial menjemput mereka untuk bermain permainan dengan satu syarat – mereka tidak boleh berhenti sebaik sahaja mereka bersetuju untuk mula bermain. Kurator kemudiannya memberikan remaja ini satu siri tugasan berbahaya dalam tempoh 50 hari.

Ini mungkin termasuk melukakan diri sendiri, bangun pada pukul 4.20 pagi setiap hari, menonton video dengan adegan yang berlumuran darah yang dihantar oleh kurator, mendengar lagu tertentu yang memurungkan, mengunjungi perkuburan secara bersendirian atau berdiri di belebas bangunan tinggi. Tugasan terakhir mengarahkan remaja ini supaya mengambil nyawa mereka sendiri. Setiap tugasan juga perlu dirakam secara video atau difotokan, supaya pentadbir mempunyai bukti dan kesahihan penyelesaian tugasan termasuk membunuh diri.

Permainan ini mendapat nama sama ada daripada idea ikan paus yang mendamparkan diri ke pantai untuk mengakhiri nyawa mereka.

Permainan yang membunuh ini dikatakan dicipta oleh rakyat Rusia berusia 21 tahun, Philipp Budeikin dengan BudeikinBudeikinin pada 2013, menjadikan hubungan secara dalam talian dengan orang lain – biasanya remaja yang mudah terpengaruh – supaya mereka boleh memutuskan dengan siapa mereka akan bermain permainan itu dengan berjaya.

Pada Mei 2016, beliau mendapati fenomena ini dan akhbar Novaya Gazeta melaporkan bahawa ahli ‘kumpulan mati” menekan seorang budak perempuan berusia 12 tahun supaya membunuh diri. Kemudian ia mendapat tarikan dalam kalangan remaja Brazil yang menggelar perangkap kematian dalam talian ini Baleia Azul yang bermaksud Blue Whale dalam Bahasa Inggeris.

Budeikin ditangkap pada Mei 2017 dan dia mendakwa manipulasi psikologi yang dilakukannya adalah berniat untuk menjadikan mangsa gembira. Dia mendakwa memberikan kemesraan dan pemahaman yang tidak perolehi dalam hidup mereka. Dia mengakui menghasut 16 pelajar perempuan untuk mengambil nyawa mereka sendiri.

Walaupun Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengumumkan bahawa Blue Whale tidak akan ‘terdampar’ di Malaysia, CAP menggesa pihak berkuasa serta pengguna berjaga-jaga dengan apa yang tersembunyi di dalam ‘sisi gelap’ Internet:

· Golongan muda perlu memahami bahawa ketagihan Internet juga amat buruk seperti ketagihan alkohol; dan 90% daripada Internet ‘tersembunyi’ – tidak diindeks oleh enjin carian seperti Google, dikenali sebagai laman sesawang gelap, yang dihuni oleh penjaja dadah, penipu, pemasar gelap, penggodam, pengganas, kaki pukul dan pornografi haram.

· Ibu bapa dan Guru perlu memastikan ‘kemurnian peralatan’ sebagai sebahagian penting pendidikan dan pengajaran; membincangkan mengenai keselamatan siber; memantau tanda-tanda yang menunjukkan tingkah laku membahayakan diri sendiri; dan melihat sebarang tingkah laku luar biasa kanak-kanak seperti tiba-tiba menjadi penyendiri, atau dengan tingkah laku impulsif atau dengan gangguan makan dan tabiat tidur.

· Media dan NGO perlu mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai akan bahaya permainan ini.

· Penggubal dasar / Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengharamkan dengan segera permainan ini dan menjadikan ‘keselamatan siber’ dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah.

Kenyataan Akhbar, 7 September 2017

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt