Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Tesco: Kenapa amalkan dwistandard?

Encik S. M. Mohamed Idris menunjukkan penutup keselamatan pada penccu tandas jenama lain.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan amalan Tesco yang dwistandard dalam aspek pembungkusan beberapa produk Tesco. Kajian pasaran kami mendapati bahawa aspek keselamatan barangan Tesco yang dijual di Malaysia bukan mengikuti standard bersamaan dengan barangan Tesco yang dijual di United Kingdom (UK).

Maklum Balas TBRA Kepada Suruhanjaya Siasatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Terhadap Tragedi Tanah Runtuh di Tanjung Bungah

Persatuan Penduduk Tanjung Bungah (TBRA) mengalu-alukan cadangan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan (SCI) untuk menyiasat kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 21 Oktober 2017 di Lengkok Lembah Permai yang membunuh 11 orang.

Kami berharap pihak SCI akan membukanya kepada orang awam untuk memastikan ketelusan memandangkan ia melibatkan kepentingan awam, dan juga membenarkan penyertaan dan penglibatan penuh semua pihak yang berkepentingan termasuklah TBRA.

Tindakan Tegas Perlu Segera Diambil

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan kejadian runtuhan kondominium The Address yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa pada 14 Februari 2020.

Sebelum ini berlaku kejadian kren tumbang di tapak itu ke kawasan kejiranan pada 23 Januari 2018.

Malaysia sekali lagi gagal tangani isu keselamatan di tempat kerja

Pada 5 Mac lalu, dua orang pekerja Bangladesh maut di tapak pembinaan projek perumahan di Mentakab, Temerloh, Pahang apabila mereka tertimbus runtuhan tanah yang dikumpulkan di tepi lubang yang dikorek, ketika mereka sedang memasang paip pembetungan. Laporan selanjutnya mengatakan ketika kedua mangsa menjalankan kerja dalam lubang sedalam 6 meter itu, terdapat dua jentera berhampiran lubang tersebut yang digunakan untuk mengorek lebih banyak tanah.

Keselamatan penggunaan tong (silinder) gas memasak perlu dititikberatkan

alt

Sama seperti tenaga elektrik, gas memasak atau Gas Petroleum Cecair (LPG) perlu dianggap sebagai utiliti berbahaya yang perlu dikendalikan dengan penuh berhati-hati. Kerajaan juga perlu melihatnya sebagai sesuatu yang mesti ditangani dengan segera, dan memastikan semua tong gas dan aksesori yang dijual selamat untuk kegunaan. Sementara itu pengguna perlu diberikan pendidikan mengenai keselamatan ketika menggunakannya, yang tiada ketika ini.

CAP: Peraturan Baharu Cermin Gelap Abaikan Keselamatan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa bingung oleh pengumuman peraturan baharu oleh Kementerian Pengangkutan berhubung cermin gelap bagi kereta persendirian. Bukan hanya pengumuman dibuat secara tiba-tiba tetapi kelihatan tiada rundingan dengan pihak berkuasa pengangkutan jalan lain. Tindakan pusingan U secara tiba-tiba ini tidak menangani kebimbangan mengenai keselamatan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata bahawa keputusan Kementerian adalah maklum balas kepada kehendak orang ramai yang mahu cermin tingkap kenderaan mereka lebih gelap untuk menapis keluar haba. Dengan keputusan ini Kementerian Pengangkutan tunduk kepada kehendak awam daripada memastikan keselamatan.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt