Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Gula dan Kanser

Gula memberi makan kepada kanser. Keghairahan tisu berkanser untuk mendapatkan gula (glukosa) sudah diketahui. Satu kajian yang memantau diet 80,000 wanita dan lelaki yang sihat dari 1997 – 2005 mendapati risiko mengembangkan kanser pankreas ada kaitannya dengan jumlah gula di dalam diet. Seramai 131 subjek kajian itu akhirnya mengembangkan kanser pankreas. Golongan yang paling berisiko ialah mereka yang kerap minum minuman bersirap atau  bergas.

• Kumpulan yang berkata mereka minum minuman berkenaan dua kali sehari atau lebih menanggung risiko 90% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah meminumnya.

• Mereka yang menambah gula ke dalam makanan dan minuman (seperti kopi) sekurang-kurangnya 5 kali sehari lebih 70% berisiko berbanding mereka yang tidak berbuat demikian.

• Mereka yang memakan buahan berkrim sekurang-kurangnya sekali sehari juga berisiko tinggi – mereka mengembangkan penyakit itu 50% lebih kerap berbanding mereka yang tidak pernah menjamahnya.

• Dalam satu kajian di Sweden menerusi edisi Diabetes Care (Mac 2007) wanita dengan gula darah tinggi (hiperglisemia) mungkin lebih cenderung mengembangkan kanser meskipun mereka tidak menghidap diabetes. Kajian dari penyelidik Hospital Universiti Umea itu juga mendapati wanita dan lelaki dengan paras gula darah tertinggi lebih cenderung menghidap kanser pankreas,  kanser saluran kencing, dan melanoma malignan  (jenis kanser kulit yang berpotensi membawa maut) berbanding mereka yang mempunyai paras gula darah terendah.

• Wanita dengan paras gula darah tertinggi sewaktu menyertai kajian itu lebih cenderung dikesan menghidap kanser sebelum kajian itu berakhir.

• Kanser payudara lebih kerap menyerang wanita di bawah usia 49 tahun dengan paras gula darah yang tinggi.

Berapa ramai yang terlibat:

Mengikut unjuran Persatuan Kanser Amerika,  lebih 12 juta kes baharu kanser mungkin telah dikesan di seluruh dunia dalam tahun 2007 dan 20,000 orang sehariatau 7.6 juta orang mungkin mati akibat kanser.

Menurut laporannya, “Global Cancer Facts and Figures” , kira-kira 5.4 juta kes kanser dan 2.9 juta kematian mungkin berlaku di negara perindustrian. Di negara membangun, kira-kira 6.7 juta kes kanser dan 4.7 juta kematian mungkin berlaku dengan kes-kes kanser paru-paru, perut dan hati paling lazim berlaku dalam kalangan lelaki sementara kaum wanita lebih menderitai kanser payudara, saluran kencing dan perut.

Di Malaysia, setiap tahun sekurang-kurangnya 40,000 orang diserang kanser dan cuma anggaran sahaja (NST, 22.11.2005).  Seorang dalam empat rakyat Malaysia boleh dijangkakan mendapat kanser sepanjang hidupnya  (Pendaftar Kanser Kebangsaan Malaysia, 2002).

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt